Pagi Selasa 6 Januari 2015 , aku terus menaiki motosikal honda ex5 yang aku beli hasil usaha aku sendiri.Dulu aku selalu berfikir seorang lelaki perlu berusaha sendiri untuk mencapai apa yang diingini .Aku rasa agak berbaloi beli motor ini dengan harga cash RM3875. Pada asalnya aku ingin kumpulkan duit ini untuk buka bisnes kecil-kecilan namun akhir aku berubah fikiran untuk membeli motor supaya aku lebih mudah untuk ke mana-mana.Papa tahu bahawa aku tidak suka mengharap bantuan daripadanya.Aku rela menjadi tukang basuh pinggan daripada terus meminta duit daripadanya." Woi Kamil ! Ko buat apa lama-lama duduk atas motor tu meh cepat tolong aku angkat barang ni" aku tersentak dari lamunanku ." Astaghfirullah...kau ni xboleh ke beri salam dulu .kitakan umat Islam. " . "Ala aku tengok ko tu khusyuk sangat mengelamun atas motor tu bukan selalu dapat kenekan kau. Okla aku minta maaf .Assalamualaikum encik kamil . Ada apa-apa yang saya boleh bantu encik kamil." Dengan bersahaja Amar memerli aku. "Amboi bukan main ya kau perli aku.So Amar apa benda yang kau nak aku tolong? " ."Ni angkat kotak-kotak ni baru sampai stok satu lori lagi kene susun ikut jenis barang . Yang ada tanda kuning tu kau tolong letak di sebelah kanan.Yang warna hitam tu sebelah kiri" Amar memberi arahan. "Ok tu jeke senang sangat kalau ada apa-apa nak aku tolong beritahu la ye "aku jawab dengan penuh yakin. Macam itulah kerja aku setiap hari. Walaupun kerja yang aku buat memang letih tapi aku merasa puas dapat bekerja sendiri . Sebenarnya papa memang melarang aku untuk bekerja seperti itu. Sebab papa cakap dia kesian lihat aku bersusah payah sedang dia mampu untuk menanggung aku. Tapi aku jawab aku memang suka untuk ambil pengalamn sendiri. Aku juga hairan mengapa papa berfikiran sedemikian rupa sedang dia juga dulu asalnya seorang yang susah.
No comments:
Post a Comment