Thursday, January 29, 2015

aku dan...1


Bab1 Hiba Pada suatu petang yg hening aku sedang memerhati keluar jendela aku lihat sekawan burung sedang berterbangan di udara. Cuaca petang itu agak berangin berbanding biasa.Aku mula mengamati isi akhbar yang aku beli pagi tadi.Sehelai demi sehelai aku selak dengan hanya membuat bacaan sekilas pandang.Aku terhenti di sudut berita dunia.Palestin di bedil .Anak-anak kehilangan keluarga. Rumah-rumah , bangunan-bangunan hospital, kedai , pentadbiran semuanya musnah .Aku terkedu .Aku hanya mampu membaca kisah-kisah saudaraku di dada akhbar. Aku mula memikirkan kehidupan aku di Malaysia. Aku hidup senang dilimpahi dengah kemewahan. Tok! Tok! Tiba-tiba lamunanku terhenti. "Kamil , Kamil , jom minum petang mama dan papa sudah menunggu di bawah" ujar makcu tipah yang mengetuk pintu bilik ku. Makcu tipah memang orang gaji keluarga yang sangat rajin .Bahkan kami sekeluarga menganggap dia seperti ahli keluarga kami."Kamil apa khabar?, papa tengok kamil nampak macam runsing sejak kebelakangan ini.Makan pun sedikit.Ada masalah ke di tempat kerja?". Aku hanya tersenyum dengan terjahan papa."papa..kamil xde masalah apa-apapun cume kerap teringat saudara-saudara kita di palestin." Ujarku tanpa berselindung."oh begitu, papa harap kamu jangan terlalu memikirkan sangat ya, papa tahu ini ujian untuk kita juga sebenarnya. Inshallah pasti ada jalan keluar."jawab papa dengan penuh tenang."mereka disana diberikan ujian kesusahan , kita disini juga tidak terlepas dari ujian Allah.cumanya waktu keadaan yang agak berbeza.sama-sama kita doakan agar mereka beroleh kejayaan ."syarah papa dengan panjang lebar."Insyallah pa kamil akan cuba buat yang terbaik." Aku rasa agak tenang dengan jawapan yang diberikan papa.Papa aku seorang yang sangat rajin .Dulu dia seorang yang susah berasal dari kampung.Namun semangat dan keazamannya melampaui segalanya.Banyak ujian hidup yang dihadapinya sehinggalah dia berjaya ke hari ini.Papaku seorang penjual roti biasa asalnya tapi hari ini dia mempunyai lebih kurang 5 cawangan kedai roti.'Smile bakery' itulah nama yang tidak asing lagi di alor setarni.Bersambung...

No comments:

Post a Comment